Umpamakan pori-pori di wajah kita seperti lubang-lubang yang menyedut segala yang dijamah oleh kulit..Ishhh...bayangkanlah kan.Setiap hari kita tutup dengan BB Cream, Foundation, bedak, blush on, sunblock. Itu belum lagi menggunakan matte jenis waterproof... Tambah lagi kena debu dan kotoran.Bayangkan berapa banyak sedutan itu tersumbat? Tujuan kita mencuci muka ialah agar kulit kita kembali bersih , tetapi dengan cara yang salah, bukan bertambah bersih malah semakin pori-pori tersumbat dengan pencuci muka. Jadi macam mana lah tu?Kita kena mencegah keadaan begini sebelum sebum di pori-pori tersumbat dan berkolaborasi dengan kuman di tangan, di bantal atau di rambut hingga munculnya si jerawat.
Mungkin kita merasa kulit kita kusam, tak cerah walaupun sudah menepek serum, essence dan krim wajah yang paling mahal atau merasakan proses untuk mencerahkan kulit itu menjadi sangat lambat. Salah satu punca keadaan jadi begini adalah kerana pori-pori yang sepatutnya menyerap nutrien daripada skincare yang kita pakai tersumbat. Jadi, tidak hairanlah mengapa skincare kita tidak dapat meresap masuk secara maksima.
Marilah kita perbetulkan mana yang sebelum ini macam tidak betul..Bak kata orang bijak pandai tu, betulkan yang biasa dan biasakan yang betul...cheewaahh...Membersihkan wajah dan cara cuci muka yang betul ialah sebagai harapan agar pori-pori tidak lagi tersumbat dan menyebabkan jerawat, kulit tidak lagi kusam dengan kehadiran kulit mati dan kekotoran boleh disingkirkan sepenuhnya agar skincare yang kita gunakan dapat meresap di wajah hingga memberikan hasil yang terbaik.
Di sini saya kongsikan Step by step cara membersihkan wajah dan mencuci muka dengan betul:
➽ Cuci tangan kita dengan bersih. Tangan yang bersih adalah wajib untuk semua perlakuan terhadap wajah kita.
➽ Bersihkan make-up waterproof dengan make-up remover atau cleansing oil. Jika kita memilih untuk memakai cleansing milk, kita boleh menggunakan kapas. Tetapi jika menggunakan cleansing oil pula yang lebih disarankan ialah menggunakan tisu wajah dan penggunaan cleansing oil juga agak tricky. Namun sekarang sudah menjadi trend juga menggunakan make-up remover water micellar yang bahan asasnya "air" dan tidak perlu dibilas.
➽ Bersihkan wajah
➽ Picit facial wash sebesar biji kacang tanah...maksudnya, tidak terlalu sedikit, tidak juga terlalu banyak agar hasilnya akan mejadi lebih baik.
➽ Jika pencuci muka jenis berbuih, buihkan terlebih dahulu sehingga membentuk bouncy foam. Tetapi jika pencuci muka jenis tidak berbuih, adunkan di tangan dan terus usapkan ke wajah.
➽ Picit muka dengan lembut berputar ke arah luar. Setiap bahagian wajah maksima 10 saat untuk satu pusingan.
➽ Bilas dengan air sehingga betul-betul bersih. Jika masih ada sisa-sisa sabun yang tertinggal,itulah yang lama-kelamaan akan menyumbat pori-pori dan mengundang jerawat.
➽ keringkan wajah menggunakan tuala yang bersih dengan cara ditekap lembut. Hindarkan mencuci muka menggunakan air panas atau suam kecuali ketika melakukan rawatan muka di pusat rawatan kulit muka kerana ini akan menyebabkan kulit menjadi kering dan boleh menyebabkan timbulnya kedutan.
Semoga perkongsian ini memberi kebaikan kepada semua pembaca blog saya..Terima kasih..đŸ’•

No comments:
Post a Comment
Nona manis jual shaklee
Terima kasih singgah lagi